Selasa, 29 November 2011

Pikat 500 usahawan

PERDASAMA Muda Malaysia (Perdasama Muda) mengunjurkan untuk menarik sekurang-kurangnya 500 usahawan muda berkecimpung dalam perniagaan francais menerusi program Jelajah Francais 1Malaysia yang dianjurkannya dengan memberikan tumpuan kepada perniagaan francais mikro membabitkan pelaburan RM50,000 ke bawah.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sejak siri pertama dijalankan di Muar, Johor pada 9 Oktober lalu, seramai 2,500 peserta menghadiri program berkenaan.


“Ketika ini, lebih 50 peserta membuat permohonan dan kami yakin jumlahnya akan meningkat kepada 500 apabila siri jelajah ke 13 negeri selesai nanti.

“Peserta yang berminat boleh mendapat pembiayaan daripada PNS (Perbadanan Nasional Bhd) yang menyediakan bantuan kewangan pada kadar faedah lebih rendah berbanding institusi kewangan,” katanya kepada Bisnes Metro selepas majlis perasmian Jelajah Francais 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.


Majlis itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Kuala Lumpur menjadi lokasi keempat siri jelajah itu selepas Muar, Johor; Selangor, Manjung (Perak) dan Seberang Prai (Pulau Pinang).


Sohaimi berkata, bidang perniagaan francais boleh menjadi landasan sesuai untuk orang ramai yang berminat memulakan perniagaan berikutan ia mempunyai prosedur operasi selaras (SOP) yang perlu diikuti setiap peniaga.

“Ramai yang berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan, tetapi masalahnya tak tahu perniagaan apa nak mula. Maka, saya cadangkan supaya mereka menceburi perniagaan francais kerana lebih berisiko rendah dan hanya mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya.

source hmetro

Khamis, 24 November 2011

Enam program berimpak tinggi

PUTRAJAYA 23 Nov. - Kerajaan hari ini mengumumkan enam program berimpak tinggi sebagai satu langkah untuk memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu berkembang sebanyak 8.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 berbanding pada masa ini sekitar 6.5 peratus setahun.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, enam program tersebut adalah integrasi pendaftaran dan pelesenan penubuhan perniagaan, platform pengkomersilan teknologi, program pelaburan PKS, program going export (GoEx), program pemangkin dan inovasi keterangkuman.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan bagi membolehkan paras produktiviti PKS tempatan ditingkatkan daripada RM47,000 pada tahun lalu kepada RM91,000 menjelang tahun 2020.

‘‘Kalau tanpa campur tangan kerajaan, PKS tempatan hanya dijangka berkembang sebanyak 6.5 peratus setahun tetapi kita nak lonjakkannya pada 8.7 peratus setahun.

‘‘Dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa sekarang ini pula adalah 32 peratus tetapi kita mahu lonjakkan kepada 41 peratus, aspek guna tenaga sebanyak 59 kepada 62 peratus dan eksport pula daripada 19 kepada 25 peratus menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) kali ke-12 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Najib memberitahu, mesyuarat itu turut menetapkan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) sebagai nadi dan agensi utama untuk pembangunan, menyelaras dan mengambil tindakan mengenai pembangunan PKS.

Justeru, beliau menambah, satu kajian semula akan dilakukan bagi membolehkan peranan SME Corp dapat diperkukuh dan dinaiktarafkan dengan diberi kuasa yang lebih.

‘‘Majlis itu membincangkan sekiranya perancangan dalam pelan induk fasa kedua (2012-2020) itu nak dijayakan, maka cabaran yang paling besar adalah untuk menyelaraskan segala tindakan yang dlakukan oleh pelbagai kementerian dan agensi.

‘‘Pada masa ini terdapat 56 buah kementerian dan agensi yang ada kaitan dengan pembangunan PKS,” katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan tersebut, segala program yang dilakukan oleh 56 agensi dan kementerian itu akan dikaji semula untuk mengelak pertindihan dan menentukan bahawa peranan mereka lebih terselaras dan terfokus lagi.

source utusanmalaysia

Jumaat, 18 November 2011

Malaysia’s Q3 GDP up 5.8pc, beats forecast

The Malaysian economy grew by 5.8 per cent during the third quarter, beating market expectations.

Bank Negara Malaysia said growth was underpinned by domestic demand, from both household and business spending.

Strong regional demand for commodities and non electrical and electronic manufactured goods also provided the lift during the quarter.

Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz however warned that growing external uncertainties would likely be felt by a highly open economy like Malaysia in the fourth quarter. Domestic demand will continue to sustain growth in the fourth quarter, she said.

The GDP for the first and second quarters have also been revised to 5.2 per cent and 4.3 per cent respectively.



source nst

Rabu, 16 November 2011

RM3bil power investment

First Solar’s plants in Kulim to produce 1.62GW solar panels

KULIM: First Solar Malaysia Sdn Bhd, which has invested RM2.9bil in its plants in Kulim expects to produce 1.62 GW of solar panels by year-end.

The wholly-owned subsidiary of US-based First Solar Inc, currently has six thin-film photovoltaic (PV) solar module manufacturing plants in Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

First Solar Malaysia manging director P'ng Soo Hong said all its plants currently produced between 1.2 GW and 1.3 GW.

“Our fifth and sixth plant have commenced production in the first quarter of this year, adding eight production lines and taking the total to 24 lines now at all the plants. Each line is capable of an output delivery of 67.5 MW.
Low on cost: P’ng says First Solar currentl y ran the lowest-cost plants in the world, enabling it to produce affordable PV solar modules.

“All our plants are running 24 hours a day, seven days a week,” he said at a briefing yesterday.

P'ng said the total production capacity in Kulim contributed some 70% to First Solar's total production capacity of 2,700 MW.

First Solar Malaysia started operation in Malaysia in 2007 with four manufacturing plants in Kulim.

“Kulim was selected because of the available qualified workforce, existing infrastructure and support from the local, state and federal government,” P'ng said.

He explained that the company invested an additional RM1.1bil to put up its fifth and sixth plants. (This is part of RM2.9bil).

As of September 2011, First Solar Malaysia has 3,400 associates working with the company.

“We will continue to focus on expanding our operations, specifically on our manufacturing operations, as the major production hub for First Solar and the benchmark model for our manufacturing operations globally,” P'ng said.

He pointed out that First Solar currently ran the lowest-cost plants in the world, enabling it to produce affordable PV solar modules.

The company's thin-film solar module manufacturing technology also allowed it to produce each module in just 2.5 hours, enabling First Solar to scale up production within a short time.

Meanwhile, First Solar Malaysia senior director of public affairs for Asia Pacific Ahmad Hadri Haris said, First Solar was committed to support the Government's efforts to develop the green energy industry.

“There is a lot of development potential in Malaysia with regard to the solar industry. For instance, the Renewable Energy Act 2011 and the proposed Feed-in-Tariff system provide incentives for the nation to invest in solar energy with satisfactory return on investments within a reasonable amount of time.”

To ensure that solar energy becomes even more affordable, Hadri said First Solar had implemented a cost reduction roadmap.

The roadmap includes improving on solar module efficiency, from the current 11.7% to 14.5%, which would ultimately result in a lower production cost, from 75 US cents currently to 52 US cents per watt by 2014.

P'ng said First Solar Malaysia had engaged more than 22 suppliers and directly contributed approximately RM3.45bil to the local economy.

source thestar

Maybank lancar dana ekuiti sektor tenaga bersih RM1.568b

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) dan Maybank MEACP Pte Ltd dari Singapura melancarkan dana ekuiti swasta dengan saiz AS$500 juta (RM1.568 bilion) bagi menawarkan peluang kepada pelabur antarabangsa meraih manfaat daripada potensi sektor tenaga bersih dan boleh diperbaharui di Asia.

Pada masa ini, dana yang akan memberi keutamaan pelaburannya kepada projek infrastruktur jana kuasa menggunakan sumber diperbaharui itu sudah mengumpul AS$87.5 juta dengan Maybank melabur AS$50 juta, Bank Pembangunan Asia (AS$20 juta) dan International Finance Corporation (AS$17.5 juta).
Ketua Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd, Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz, berkata dana ekuiti swasta sepuluh tahun itu disasarkan kepada pelabur institusi global dengan pelaburan minimum AS$10 juta.
“Dana itu akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio projek tenaga bersih di Asia Pasifik terutama di China, India, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Laos,” katanya selepas memeterai perjanjian dan pelancaran dana itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak Maybank manakala Maybank MEACP diwakili Ketua Eksekutifnya, Mumtaz Khan.

Tengku Zafrul berkata, dana berkenaan adalah yang pertama dikhaskan untuk tenaga diperbaharui dan bersih diterajui oleh sebuah bank di Asia Tenggara dengan tumpuan ke atas projek tenaga bersih dalam sektor seperti angin, solar, geoterma, hidro, biojisim, bahan api bio dan keberkesanan tenaga.

Beliau berkata, dana berkenaan akan diurus bersama oleh Mayban Ventures Sdn Bhd (Maybank Ventures) dan Maybank MEACP, sebuah pengurus dana ekuiti swasta usaha sama Maybank dengan pengurus dana swasta dari Asia Pasifik dan Asia Barat.
Sementara itu, Mumtaz berkata, penubuhan tabung itu menterjemahkan wawasan Maybank untuk membangunkan persekitaran mapan untuk kepentingan masyarakat Asia serta sejajar wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga diperbaharui dan bersih di rantau ini.

Beliau berkata, sektor itu mencatatkan pertumbuhan pesat dengan pelbagai peluang untuk masyarakat perusahaan kecil dan sederhana.

“Dengan sumber asli yang ketara terutama minyak sawit, Malaysia menawarkan potensi besar membangunkan projek biogas dan biojisim dengan menggunakan sisa tanaman untuk diubah kepada tenaga dan produk lain,” katanya.

Mumtaz berkata, tabung yang disokong dan diterajui Maybank itu telah menarik minat pelabur dari negara Eropah, Scandinavia, Amerika Syarikat, Asia Barat dan Asia.

source bharian

Jumaat, 11 November 2011

Malaysia pada landasan tepat

Mampu jadi negara berpendapatan tinggi walaupun berdepan krisis ekonomi global

MALAYSIA berada pada landasan tepat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 meskipun terpaksa berdepan persekitaran ekonomi global semasa yang mencabar berikutan krisis hutang di Eropah serta pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan Oktober tahun lalu akan membantu negara mengekalkan pertumbuhan ekonomi mapan walaupun wujud keadaan tidak menentu pada peringkat antarabangsa.
Sepanjang setahun ETP dilaksanakan, katanya, Malaysia berjaya mencatatkan pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM228 bilion atau 13 peratus daripada jumlah sasaran PNK iaitu RM1.7 trilion menjelang 2020.
Beliau yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata, pelaksanaan program itu juga membantu negara memperoleh pelaburan sebanyak RM171 bilion dan berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 372,361.

Bagi tempoh separuh pertama tahun ini, Idris berkata, Malaysia mencatat PNK sebanyak RM285 bilion atau 56 peratus daripada sasaran tahun ini iaitu RM494 bilion sementara pelaburan diperoleh RM51.2 bilion atau 62 peratus daripada sasaran tahun ini iaitu RM83 bilion.

“Berdasarkan keputusan setahun pelaksanaan ETP dan separuh pertama tahun ini menunjukkan kita berada di landasan betul untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Apa yang perlu dilakukan kini adalah terus memberi tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan. Saya yakin Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada forum mengenai ‘Memecah Kod DNA ETP’ anjuran Ernst & Young di Kuala Lumpur, semalam.
ETP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disasarkan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Menerusi program itu, 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektronik dan elektrikal; pemborongan dan peruncitan; pendidikan; penjagaan kesihatan; kandungan dan infrastruktur komunikasi; pertanian dan Greater Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai pemacu kepada aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

source bharian

IBM labur RM1b di Cyberjaya

Syarikat AS yakin sektor ICT di Malaysia ke tahap lebih tinggi

IBM Corporation, syarikat teknologi maklumat multinasional berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) akan melabur sehingga RM1 bilion dalam tempoh enam tahun untuk membangunkan pusat penyampaian global teknologi maklumatnya di Cyberjaya.

Syarikat itu memilih untuk melabur di negara ini susulan yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi untuk tempoh selanjutnya serta sokongan kerajaan dalam menggalakkan perkembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke tahap lebih tinggi.
Pembangunan pusat penyampaian itu juga adalah antara sembilan projek baru menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Pengurus Besar Penyampaian Teknologi Global dan Penyampaian Kecemerlangannya, Patt Cronin, berkata penubuhan pusat penyampaian itu dijangka mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan baru membabitkan tenaga kerja mahir dalam sektor ICT.

Beliau berkata, pusat penyampaian itu akan menawarkan perkhidmatan operasi server, pengurusan projek perkhidmatan keselamatan dan perkhidmatan pengguna akhir, termasuk penyelenggaraan dan pemantauan sistem perkakasan dan perisian komputer kepada pelanggannya daripada pelbagai sektor di seluruh dunia terutama dari AS dan Eropah.

“Pusat penyampaian global di Cyberjaya itu berupaya menawarkan perkhidmatan teknologi maklumat dalam 11 bahasa bagi memudahkan urusan pelanggan kami di seluruh dunia,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Cronin berkata, kerja pembinaan pusat penyampaian yang mempunyai 10 tingkat itu akan bermula pada suku pertama tahun depan dan ia akan dibangunkan menepati piawaian pembangunan hijau.
Beliau berkata, kerja pembinaan pusat penyampaian itu dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga 2013.

“Penubuhan pusat ini menandakan tahap baru perhubungan kami dengan kerajaan Malaysia yang sudah terjalin sejak 50 tahun lalu. Diharap dengan penubuhan pusat ini akan meningkatkan lagi reputasi Malaysia sebagai hab perkhidmatan pada peringkat global,” katanya.

Cronin menjelaskan IBM akan memulakan operasi Pusat Penyampaian Global itu pada Januari tahun depan di pejabat sementara juga di Cyberjaya.

Sebagai permulaan, katanya, pusat itu akan beroperasi dengan 700 kakitangan dan jumlah itu akan ditambah secara berperingkat apabila bangunan baru beroperasi.

“Kami akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) untuk mengenal pasti dan menempatkan tenaga kerja yang layak menerusi Inisiatif Pembangunan Pekerja Berpengetahuan MSC Malaysia di pusat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan firma pengambilan pekerja dan pihak alumni universiti tempatan untuk memulakan proses pengambilan pekerja pada Januari 2012.

source bharian

9 projek tawar 12,027 kerja baru

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat pelaburan tambahan RM2.5 bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan sembilan projek pelaburan baru bernilai RM2.5 bilion menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan mewujudkan 12,027 peluang pekerjaan dalam sektor penjagaan kesihatan, industri kimia-oleo, infrastruktur komunikasi, pertanian dan pembangunan teknologi.

Perdana Menteri berkata, projek itu adalah tambahan kepada empat projek yang diumumkan sebelum ini, menjadikan keseluruhan 13 projek ETP bernilai RM5.85 bilion yang mampu manfaatkan rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.
Najib berkata, oleh kerana ETP baru setahun dilancarkan, semua pihak diharap tidak cepat berputus asa, sebaliknya bersabar dan berusaha gigih untuk mempercepatkan penjanaan pertumbuhannya dalam jangka masa 10 tahun ini.
“Saya yakin kita mampu menjayakannya bersandarkan komitmen menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi yang kekayaannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat dan kekal diwarisi generasi akan datang,” katanya ketika mengumumkan perkembangan terkini ETP, di sini.

Sejak dilancarkan 25 Oktober tahun lalu, pelaburan bernilai RM10 bilion direalisasikan sehingga kini membabitkan 64 peratus daripada pelaburan berjumlah RM15 bilion yang diperuntukkan bagi 2011 dengan 97 projek dalam fasa pelaksanaan.

Menerusi 13 projek ETP berkenaan, ia dijangka mampu membantu melonjakkan pendapatan negara kasar (GNI) kepada RM8.68 bilion dan menyediakan 16,902 peluang pekerjaan tahun ini. Sehingga kini ETP merekodkan RM177.1 bilion komitmen pelaburan, iaitu RM237.23 bilion untuk GNI dengan 389,263 peluang pekerjaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, yakin ETP akan terus berada pada landasan tepat berdasarkan status semasa yang positif, walaupun berhadapan kelembapan ekonomi dunia.
“Oleh itu, penting bagi kita bersatu padu dan berusaha dengan menetapkan iltizam untuk terus meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

source bharian

Khamis, 10 November 2011

Selangor bentang bajet berimbang RM1.6 bilion

SHAH ALAM 9 Nov. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dengan bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Beliau berkata, bajet berimbang itu mengandungi empat strategi iaitu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan meningkatkan kualiti asas kehidupan keluarga dan masyarakat selain melestarikan pembangunan serta mendorong masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan hidup sihat.

Antara intipati bajet ialah program elaun anak ke nurseri membabitkan peruntukan RM3 juta dan penerusan program pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.

Beliau juga mengumumkan 'Geran Selangorku' melibatkan peruntukan RM300 juta untuk memantapkan program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) menerusi 17 program tambahan antaranya pengenalan gaji minimum pada tahun depan oleh anak syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan dana RM10 juta disediakan untuk anak-anak syarikat kerajaan negeri yang prestasi kewangan belum stabil bagi melaksanakannya.

Katanya, menerusi program tambahan itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi infrastruktur manakala RM30 juta untuk pembinaan infrastruktur sukan selain masing-masing RM30 juta bagi program pemerkasaan wanita bagi membasmi kemiskinan, keusahawanan sosial dan program keusahawanan muda serta belia menambah nilai perniagaan.

"Bagi sekolah yang memerlukan bantuan khususnya kemudahan asas, sebanyak RM30 juta diperuntukkan menerusi pengenalan Program Sokongan Pendidikan," katanya ketika membentang bajet tersebut pada sidang DUN di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM20 juta bagi pengenalan program kebajikan untuk bekerja dan program pembasmian rasuah dan penyelewengan dengan peruntukan RM15 juta.

Selain itu, beliau juga mengumumkan program pengukuhan demokrasi dengan peruntukan RM5 juta, pengukuhan budaya (RM3 juta), program pemeliharaan alam sekitar (RM5 juta), jangkaan hidupan bandar (RM10 juta) dan program pejabat ke rakyat (RM20 juta) manakala program penerangan maklumat negeri (RM10 juta).

Beliau juga mengumumkan program peningkatan kualiti hidup rakyat dengan peruntukan RM5 juta dan program peningkatan kemahiran kakitangan awam sebanyak RM5 juta manakala program penggerak pembangunan luar bandar, RM22 juta.

Antara butiran lain bajet yang dibentangkan oleh Abdul Khalid ialah;

l RM8.5 juta untuk pemuliharaan tapak pelupusan sampah Kubang Badak, Air Hitam, Sungai Kembong, Pulau Ketam, Sungai Kertas selain kerja pemulihan Sungai Kembong.

l RM3 juta untuk Program Zon Bersih.

l RM4 juta untuk program kerajaan prihatin melibatkan kos tambahan bina baru dan baik pulih rumah keluarga miskin, bantuan bencana alam, bekalan makanan asasi, penyelengaraan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), baik pulih lif rumah kos rendah selain tambahan RM500,000 untuk membaiki dewan orang ramai dan RM4 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

l RM3.2 juta untuk tambah baik kawasan bersejarah di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain tambahan RM500,000 bagi pembangunan muzium di Istana Bandar, Jugra dan RM2.8 juta menaik taraf Muzium Sultan Alam Shah.

l RM14.5 juta untuk pembangunan desa dan luar bandar termasuk kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun manakala tambahan RM500,000 bagi pembangunan pinggir bandar.

- RM2 juta untuk membasmi kemiskinan dan RM2.2 juta bagi program pembangunan ekonomi petani, nelayan dan penternak selain RM500,000 bagi kebajikan golongan itu serta RM300,000 untuk program pembangunan pekerja ladang.

- RM4.7 juta untuk pembangunan produk pelancongan seperti kraf tangan dan RM2 juta bagi industri kampung.

Bagi tujuan pendidikan pula, RM2 juta diberikan masing-masing kepada program pusat tuisyen rakyat dan program pendidikan tinggi, Program Spiritual, Fizikal, Emosi dan Sosial (Spies) (RM3 juta), Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) sebanyak RM1 juta, tabung anak pekerja ladang (RM1 Juta), pembangunan Orang Asli (RM100,000) dan program Orang Kelainan Upaya (OKU), anak yatim dan kanak-kanak sebanyak RM1 juta.

- Bagi sekolah agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, masing-masing diperuntukkan sebanyak RM16 juta manakala rumah ibadat bukan Islam diperuntukkan RM3 juta.

- Sebanyak RM3.5 juta pula diperuntukkan untuk program pembangunan belia, RM4 juta untuk pembangunan sukan, RM500,000 untuk latihan kemajuan wanita dan keluarga, latihan dan pembangunan usahawan serta latihan teknikal sebanyak RM2.25 juta manakala latihan kemahiran kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500,000.

source utusanmalaysia

Rabu, 2 November 2011

Projek RM10b sudah dilaksana



UNIT Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengumumkan pelaksanaan projek dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan RM10 bilion setakat ini iaitu dua pertiga daripada RM15 bilion yang dirancang sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Idris Jala berkata, sebanyak RM5 bilion lagi tambahan pelaburan dijangka akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.


“Untuk tahun ini, pelabur memberi komitmen untuk melaburkan RM15 bilion. Sejak dilancarkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) 25 Oktober tahun lalu sehingga kini RM10 bilion sudah dilaksanakan atau 64 peratus daripada jumlah yang dirancang.

“Selain itu, sebanyak 70 daripada 131 Projek Permulaan (EPP) atau 53 peratus, sudah dilaksanakan setakat ini. Dengan mengambil kira sebahagiannya mempunyai lebih daripada satu projek, kini sudah ada 97 projek yang sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan,” katanya pada taklimat mengenai ETP selepas setahun dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata keyakinan pihak swasta terhadap ekonomi tempatan semakin meningkat sejak kerajaan memperkenalkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).


“Dengan memberi tumpuan kepada 12 NKEA, keyakinan swasta makin meningkat. Ia dicerminkan dalam pelaburan pihak swasta yang meningkat sebanyak 23.4 peratus kepada RM51.2 bilion bagi setengah tahun pertama 2011,” katanya.

Idris berkata, terdapat kemajuan positif dalam ETP selepas hanya setahun diperkenalkan.


“Ini membuktikan kita berada pada landasan tepat untuk menjadi negara maju sekali gus melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

source bharian

Selasa, 1 November 2011

Pelaburan ETP RM10 bilion direalisasikan

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pelaburan bernilai kira-kira RM10 bilion di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) sejak setahun lepas telah direalisasikan, membentuk 64 peratus daripada pelaburan berjumlah RM15 bilion yang diperuntukkan bagi tahun itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala hari ini.

Beliau berkata, projek permulaan (EPP) juga berjalan lancar.

Sejumlah 70 daripada 131 projek EPP atau 53 peratus telahpun dimulakan.

"Oleh kerana sesetengah EPP mempunyai projek yang banyak, kami kini mempunyai 97 projek yang sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan,” katanya dalam taklimat media bersempena dengan selesainya tempoh 12 bulan pertama ETP.

ETP, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2010, disasar untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Idris Jala berkata: “Terdapat kemajuan positif selepas hanya 12 bulan.

Beliau berkata, dengan menumpukan kepada 12 bidang pertumbuhan utama, keyakinan sektor swasta Malaysia terhadap ekonomi tempatan juga meningkat.

"Pada separuh pertama 2011, pelaburan sektor swasta meningkat 23.4 peratus kepada RM51.2 bilion, mengatasi pelaburan awam bagi tempoh yang sama.” Dalam masa setahun, 131 EPP telah digariskan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama negara (NKEA) ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi, katanya. - Bernama